MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka mula dibuka pada 1 Jun 2002, dan mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Jun 2002. Pada peringkat awal sesi persekolahan, hanya seramai 80 orang pelajar sahaja.  Generasi pertama pelajar ini adalah pecahan daripada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka yang berhampiran. Pada peringkat awal, SMK Seri Paka diterajui oleh Penolong Kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh 16 orang guru dengan nisbah 3 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan. Nisbah kelas yang dibuka ialah tingkatan satu (1  kelas), tingkatan 2 (dua kelas) dan tingkatan 4 (satu kelas).

Bilangan pelajar dan guru telah berlaku peningkatan dari setahun ke setahun. Dengan pertambahan pelajar yang semakin ketara menyebabkan SMK Seri Paka telah membuka sebanyak 19 kelas akademik dan 1 kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP). Setelah 6 tahun beroperasi, pada tahun 2008 jumlah pelajar telah meningkat kepada 630 orang dan bilangan guru bertambah menjadi 43 orang. Pada tahun-tahun akan datang, SMK Seri Paka akan terus menerima pertambahan pelajar daripada sekolah rendah sekitar iaitu, SK Seri Paka, SK Paka II dan SK Paka III.