Tuesday, June 29, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah telah disambut pada 16 Mei yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perarakan masuk guru ke Dataran Al-Ghazali diikuti dengan bacaan doa, bacaan perutusan dari KPM dan JPN Terengganu oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut, seperti penyerahan kad Gergasi sempena Hari Guru oleh Badan Pengawas dan PSS. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diakhiri dengan persembahan daripada para pelajar.






No comments:

Post a Comment